It's been a while since the last update..bz with exam.
Now exam over and realized that my badan membesar bagaikan juara.
wallaweyyy..70 kg! Konfem gajah duduk!
Haa..ni la org kelantan slalu kata "Kuak blaja ke lapa la" (kuat belajar kan lapar la). Asal bukak buku lapar..pastu p makan jap, lepas tu bukak buku..lps tu ngantuk pulak..terus tido. Study group pun bt kt San Fransisco Pizza & Steakhouse (Wangsa Maju) yg sedap2 makanannye tu. Salahkan the long exam period!!
So now i'm back on exercise and health conscious mood.Has subscribed gym membership at Element Gym, G Tower..sebelah ofis so rajin skek nk pi. See if can shed at least 5kg (weight prior to exam) or even better if can shed 10kg (weight prior to 1st surgery circa 2009). Ambitious lebey nampaknye. And on food...Subway sandwiches and air suam adelah mesti! Makanan lain PANTANG..pantang tengok. hehe.
Support healthy food!
Haaaa...ado? Hanya di Pahang =)
11 restoran tawar diskaun jika pesan minuman kurang gula
01/06/2011 1:33pm
KUANTAN 1 Jun – Sebelas buah restoran di sekitar Kuantan dan Pekan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen “Kurang Gula, Kurang Belanja” bagi mengajak dan mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat.
Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Mei lepas itu, dijangka disertai lebih banyak lagi restoran di seluruh Pahang.
"Kempen itu akan diperluaskan ke restoran lain di negeri ini minggu depan dan kita harap pengusaha restoran akan menjayakannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di Restoran Taj di sini hari ini.
Alwi berkata, kempen itu membolehkan pengguna menikmati diskaun 10 sen daripada restoran terlibat sekiranya mereka meminta kandungan gula dikurangkan dalam minuman yang dipesan. - Bernama
0 comments:
Post a Comment